Mengenai Esyariah

PENCAPAIAN ESYARIAH

"Mendapat tempat pertama Anugerah Kualiti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (AKICT) di Majlis Penyampaian Anugerah Kualiti Sektor Awam 2007" 

"Johan bagi Laman Web Terbaik bersempena dengan Hari Kualiti Jabatan Perdana Menteri 2006"

Menerima anugerah Portal Kerajaan Elektronik Terbaik dalam satu kajian “Benchmarking and Comparative Study of Malaysia Government Portals and Websites 2005”

PENGENALAN ESYARIAH

SEJARAH PENUBUHAN E-SYARIAH

  • Cadangan untuk mewujudkan Sistem Elektronik bagi pengurusan kes Mahkamah Syariah adalah berdasarkan kepada hasil keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 13 Oktober 1999
  • Tujuannya adalah bagi mewujudkan rangkaian Kerajaan Elektronik di JKSM dengan Mahkamah-mahkamah Syariah Negeri di seluruh Malaysia dan agensi/jabatan lain yang terlibat dengan operasi Mahkamah Syariah
  • Pelaksanaan projek E-Syariah telah mula dilaksanakan pada Mac 2002
  • Ia merupakan satu usaha penting Kerajaan Persekutuan untuk mempertingkatkan pengurusan dan pentadbiran Institusi Kehakiman Syariah di negeri-negeri

LATAR BELAKANG E-SYARIAH

  • Dilancarkan pada 7 Februari 2003 oleh YAB Perdana Menteri
  • Aplikasi Perdana Kerajaan Elektronik (eG-Flagship)
  • Sistem pengurusan kes bersepadu yang mengintegrasikan semua proses yang terlibat dalam pengendalian kes Mahkamah Syariah
  • Rangkaian elektronik yang menghubungkan Mahkamah-Mahkamah Syariah Negeri termasuk Mahkamah Syariah di setiap daerah dengan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM)