BIDANG KUASA MAHKAMAH
Bidangkuasa Mal
- Pertunangan, perkahwinan, ruju’, perceraian, pembubaran perkahwinan (fasakh), nusyuz, atau pemisahan kehakiman (faraq) atau apa-apa perkara lain yang berkaitan dengan perhubungan antara suami isteri.
- Apa-apa pelupusan atau tuntutan harta yang berbangkit daripada mana-mana perkara yang tersebut di atas.
- Nafkah orang-orang tanggungan, kesahtarafan, atau penjagaan atau jagaan kanak-kanak.
- Pembahagian atau tuntutan harta sepencarian
- Wasiat atau alang semasa marad al-maut simati Islam
- Alang semasa hidup (hibah), atau penyelesaian yang dibuat tanpa balasan yang memadai dengan wang atau nilaian wang oleh seseorang Islam
- Wakaf atau nazar dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya
- Pembahagian dan pewarisan harta berwasiat atau tak berwasiat atau perlantikan wasi dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
- Penentuan orang-orang yang berhak kepada bahagian harta pusaka seseorang simati yang beragama Islam atau bahagian-bahagian yang kepadanya masing-masing orang itu berhak dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya
- Pengisytiharan bahawa seseorang yang telah mati itu ialah seorang Islam atau sebaliknya pada masa kematiannya.
- Pendaftaran dan pengambilan anak angkat dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
- Perkara-perkara lain yang berkenaan dengannya bidangkuasa diberikan oleh mana-mana undang-undang bertulis.
Bidang kuasa Jenayah