Mahkamah Rendah Syariah

Terdapat sebelas (11)  Mahkamah Rendah Syariah di  Sabah iaitu:
1 Mahkamah Rendah Syariah Pantai Barat di Kota Kinabalu
2 Mahkamah Rendah Syariah Kudat
3 Mahkamah Rendah Syariah Pedalaman Atas di Keningau
4 Mahkamah Rendah Syariah Pedalaman Bawah di Beaufort
5 Mahkamah Rendah Syariah Papar
6 Mahkamah Rendah Syariah Kudat
7 Mahkamah Rendah Syariah Sandakan
8 Mahkamah Rendah Syariah Tawau
9 Mahkamah Rendah Syariah Lahad Datu
10 Mahkamah Rendah Syariah Kinabatangan
11 Mahkamah Rendah Syariah Semporna

(1) Sesuatu Mahkamah Rendah Syariah hendaklah mempunyai bidang kuasa di seluruh Bahagian atau Daerah di mana ia ditubuhkan dan hendaklah diketuai oleh seorang Hakim Mahkamah Rendah Syariah. 

(2) Mahkamah Rendah Syariah hendaklah- 

(a) dalam bidang kuasa jenayahnya, membicarakan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh seseorang Islam di bawah Enakmen Majlis Ugama Islam Negeri Sabah 2004, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2004, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1995 atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain yang berkuat kuasa yang menetapkan hukuman maksimum yang diperuntukkan oleh Enakmen-Enakmen itu atau mana-mana undang-undang bertulis lain, tidak melebihi tiga ribu ringgit, atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya, dan boleh mengenakan mana-mana hukuman Yang diperuntukkan bagi kesalahan itu; dan 

(b) dalam bidang kuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding yang Mahkamah Tinggi Syariah diberi kuasa untuk mendengar dan memutuskannya, jika amaun atau nilai hal perkara yang dipertikaikan itu tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau yang tidak dapat dianggarkan dengan wang (tidak termasuk tuntutan hadhanah atau harta sepencarian).

(3) Yang di-Pertua Negeri boleh, atas syor Ketua Hakim Syar'ie Negeri, dari semasa ke semasa melalui pemberitahuan dalam Warta memperluaskan bidang kuasa Mahkamah Rendah Syariah.