Mahkamah Tinggi Syariah Sabah

Terdapat 5 (Lima) Mahkamah Tinggi Syariah di Negeri ini yang berbidangkuasa di seluruh Negeri Sabah. Bidangkuasa Mahkamah ini:

  • Mahkamah Tinggi Syariah berbidangkuasa mendengar dan memutuskan kes Jenayah Dan Mal berdasarkan kepada seksyen 11(3)(a) dan (b) 2004.
  • Mendengar rayuan kes-kes Mahkamah Rendah Syariah yang dirayu ke Mahkamah Tinggi Syariah.(Seksyen 13 EMS 2004)
  • Mengawasi perjalanan prosiding kes-kes di Mahkamah-mahkamah Rendah Syariah dan boleh memanggil rekod kes-kes berkenaan dalam menjalankan bidangkuasa semakannya.(Seksyen 16 EMS 2004).