Easy SULH
“EASY SULH “ adalah berasaskan konsep Maqasid al-Syariah iaitu al-Dharuriyyat (essential), al-Hajiyyat (complementary benefits) dan al-Tahsiniyyat (embellishment) yang melibatkan Kes Sulh di bawah bidangkuasa Mahkamah Tinggi Syariah sahaja.
Penetapan kategori kes Sulh adalah berasaskan subseksyen 11(3)(b) dan subseksyen 12(2)(b) Enakmen Mahkamah Syariah (Negeri Sabah) 2004 iaitu Bidang kuasa Mahkamah Tinggi Syariah dan Bidang kuasa Mahkamah Rendah Syariah . Seksyen 99 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah Negeri Sabah 2004. Kaedah - Kaedah Tatacara Mal Mahkamah Syariah ( Sulh ) Negeri Sabah 2010. AA No. 2/2000 ,AA No. 5/2000 ,AA 3/2002, AA No. 8/2003 , AA No.11/2005 , AA No.15/2005 , AA No. 4/2006 , AA1/2010, AA No. 2/2012, dan AA No.6 Tahun 2020.
Mahkamah Syariah Daerah yang terlibat dalam Easy Sulh
- Mahkamah Rendah Syariah Daerah Papar
- Mahkamah Rendah Syariah Daerah Beaufort
- Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kota Belud
- Mahkamah Rendah Syariah Daerah Ranau
- Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kinabatangan
- Mahkamah Rendah Syariah Daerah Lahad Datu
- Mahkamah Rendah Syariah Daerah Semporna
Kes-kes Mahkamah Tinggi Syariah yang terlibat dalam EASY SULH
- Kes Tuntutan Hadhanah
- Kes Tuntutan Harta Sepencarian
- Kes Tuntutan Nafkah Muta’ah ( melebihi RM 100 000.00 dan keatas )
- Kes Tuntutan Mengubah Perintah Hadhanah
KENAPA GERAK KERJA INOVASI EASY SULH DI PERKENALKAN OLEH JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI SABAH.
Pengendalian Kes-Kes Sulh Mahkamah Syariah di Negeri Sabah menghadapi kekangan dan kesukaran kepada pelanggan-pelanggan Mahkamah Syariah terutama melibatkan Kes-Kes Sulh di Mahkamah Tinggi Syariah kerana keadaan geografi dan rupa bentuk serta kedudukan Mahkamah Tinggi Syariah. Akibatnya menjadikan pengurusan kes Mal di Mahkamah Syariah tidak dapat memberikan perkhidmatan yang optimum kepada pelanggan Mahkamah.
Sehubungan dengan itu suatu Gerak kerja Inovasi yang dinamakan sebagai EASY SULH diperkenalkan bagi mewujudkan satu sistem pengurusan kes bersepadu (cooperated) bermula dari proses pendaftaran kes, seterusnya proses Majlis Sulh, Pemindahan Fail, Pengendorsan Perintah dan Penyedian Perintah kes sulh di Mahkamah Syariah Negeri Sabah. Sistem pengurusan kes EASY SULH hanya melibatkan Kes-Kes Sulh di bawah bidang kuasa Dewan Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sabah yang perlaksanaanya dimulakan di Mahkamah Rendah Syariah Negeri Sabah .
BAGAIMANA DENGAN PENGENDORSAN PERINTAH BAGI KES EASY SULH YANG BERJAYA DAN TIDAK BERJAYA.
BAGI KES EASY SULH BERJAYA :
HTMS membuat Pengendorsan Perintah berdasarkan Perjanjian Penyelesaian Majlis Sulh yang telah ditandatangani oleh pihak-pihak dan Peg.Sulh pada tarikh yang telah ditetapkan di dalam Dewan MTS;atau
HTMS membuat Pengendorsan Perintah berdasarkan Perjanjian Penyelesaian Majlis Sulh yang telah ditandatangani oleh pihak-pihak dan Peg.Sulh pada tarikh yang telah ditetapkan di MSD di mana kes di daftar dan dilaksanakan Majlis Sulh; atau
HTMS membuat Pengendorsan Perintah berdasarkan Perjanjian Penyelesaian Majlis Sulh yang telah ditandatangani oleh pihak-pihak dan Peg.Sulh pada tarikh yang telah ditetapkan secara atas talian dan pihak-pihak dikehendaki hadir di MSD di mana kes di daftar dan dilaksanakan Majlis Sulh;
BAGI KES EASY SULH TIDAK BERJAYA ( GAGAL / TIDAK HADIR ) maka kes akan dipindahkan ke MTS untuk penetapan tarikh prosiding di Mahkamah Tinggi Syariah.
KELEBIHAN PROSES “EASY SULH”
- PEMUDAH CARA – Pemohon dan pihak-pihak hanya perlu berurusan di MSD yang berhampiran dari awal proses daftar dan Majlis Sulh bagi kes sulh Dewan MTS di MSD berhampiran.
- JIMAT – masa, kos dan tenaga pihak-pihak yang berada agak jauh dari Dewan MTS yang berpusat.
- SENANG DAN TENANG – Pihak-pihak senang dan tenang menjalani proses Sulh Dewan MTS di MSD TANPA perlu memikirkan tentang kos dan jarak perjalanan jauh.
- HADIR – membolehkan pihak-pihak hadirkan diri.
- OPTIMUM – Pihak-pihak boleh menjalani Proses Majlis Sulh kes sulh Dewan MTS dan kes sulh MSD secara bersamaan di tempat yang sama. Juga mengoptimumkan penggunaan sumber manusia dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik
Permulaan berkuatkuasa Proses EASY SULH di Mahkamah Rendah Syariah Daerah.
Permulaan berkuatkuasa perlaksanaan Proses EASY SULH di seluruh Mahkamah Rendah Syariah Daerah yang berkaitan pada 01 September 2021 melalui Surat Pekeliling Ketua Hakim Syarie Negeri Sabah Bil . 04 Tahun 2021 bertarikh 29 Julai 2021.