Objektif, Visi Dan Misi

Visi

Visi Jabatan Kehakiman Syariah adalah untuk menjadikan mahkamah-mahkamah Syariah di Sabah sebagai institusi kehakiman syariah yang berwibawa.

Misi

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah mempunyai misi dalam melaksanakan pengadilan, pengurusan mahkamah dan perkhidmatan sokongan secara profesional, berkesan dan sistematik berasaskan hukum syarak dan peruntukan undang-undang untuk mencapai keredhaan Allah S.W.T

Objektif

1. Menyegerakan pengendalian kes-kes Syariah dengan adil, teratur dan berkesan.
2. Mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran pegawai / kakitangan sari aspek perundangan dan pengurusan.
3. Melaksanakan dengan berkesan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pentadbiran.
4. Menyediakan dan mempertingkatkan kemudahan infrastruktur yang mencukupi dan terbaik.