Soalan Lazim

Carian:   

1. Bilakah tarikh PKP yang dirujuk dalam soalan lazim (FAQ) ini?

Tarikh PKP yang dirujuk dalam FAQ ini adalah dari 18 Mac 2020 hingga 28 April 2020 tertakluk kepada apa-apa perubahan tarikh pemendekan/ pelanjutan tempoh PKP yang diumumkan oleh Kerajaan.

Pengurusan Kes

2. Adakah Mahkamah Syariah Negeri Sabah beroperasi sepanjang tempoh PKP dilaksanakan?

Tidak. Semua Mahkamah Syariah Daerah (MSD) tidak dibuka kepada orang awam sepanjang tempoh PKP dilaksanakan. Pertimbangan akan diberi oleh mahkamah bagi pendaftaran kes-kes baharu yang wujud keperluan mendesak dan kes-kes yang terikat dengan had masa di bawah peruntukan undang-undang yang berkuatkuasa tertakluk kepada kebenaran daripada Ketua Hakim Syarie Negeri.

Sulh

12. Adakah Unit Sulh Mahkamah Syariah beroperasi sepanjang PKP berkuatkuasa?

Tidak, Unit Sulh tidak beroperasi dan semua sesi Majlis Sulh ditangguhkan.

BAHAGIAN SOKONGAN KELUARGA (BSK)

17. Bekas suami enggan memberi nafkah dalam tempoh PKP dan apakah tindakan yang perlu dilakukan?

Aduan boleh dikemukakan di FB Page Bahagian Sokongan Keluarga-BSK/ e-mel Bahagian Sokongan Keluarga Seksyen Negeri dengan memberikan maklumat aduan yang lengkap berserta nombor telefon/ e-mel yang dapat dihubungi bagi tujuan rujukan lanjut pihak BSK.

PERSOALAN UMUM

21. Apa yang perlu dilakukan jika bekas suami berkeras untuk mengambil anak dalam tempoh PKP ini seperti mana dinyatakan dalam perintah?

Semua orang adalah terikat dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikeluarkan oleh kerajaan. Jika mana-mana pihak berkeras untuk meneruskan hasrat untuk mengambil anak dalam tempoh PKP, tindakan tersebut adalah atas tanggungjawab sendiri kerana pada dasarnya tugas mahkamah telah selesai sebaik sahaja perintah mahkamah diberi dan dikeluarkan. Pihak-pihak boleh untuk menggunakan mana-mana aplikasi secara maya sebagai contoh panggilan video melalui WhatsApp, aplikasi Zoom dan lain-lain yang bersesuaian sebagai medium untuk berkomunikasi dengan kanak tersebut di sepanjang tempoh PKP ini.