Soalan Lazim
Carian:
Sulh
1. Apakah itu Sulh di Mahkamah Syariah?
Sulh ialah satu proses penyelesaian pertikaian secara damai antara pihak-pihak yang bersengketa melalui perbincangan dan persetujuan bersama, yang dibantu oleh Pegawai Sulh. Proses ini dijalankan sebelum kes dibicarakan sepenuhnya di Mahkamah Syariah.
2. Adakah saya wajib hadir ke Majlis Sulh?
3. Adakah pihak-pihak seperti Peguam Syarie, ibu, bapa, kenalan atau selainnya dibenarkan turut serta di dalam Majlis Sulh?
4. Apakah Kes-Kes di Mahkamah Syariah yang boleh dibawa ke Majlis Sulh?
5. Adakah terdapat pengecualian untuk kes-kes yang disenaraikan di atas tidak perlu melalui Majlis Sulh?
6. Berapa lamakah tempoh masa bagi prosiding Majlis Sulh?
7. Adakah Majlis Sulh secara dalam talian adalah sama seperti Majlis Sulh yang dilaksanakan secara fizikal?
8. Adakah persetujuan pihak-pihak yang dibuat semasa proses sulh adalah mengikat? Sekiranya ada di antara pihak-pihak yang ingin menyatakan pertukaran tidak bersetuju, adakah pertukaran tersebut boleh membatalkan perjanjian persetujuan semasa proses sulh terdahulu?
Bahagian Sokongan Keluarga (BSK)
1. Apa yang perlu dilakukan apabila bekas suami/ bapa enggan membayar nafkah/ muta'ah sepertimana yang diperintahkah oleh mahkamah?
Bekas isteri/ anak boleh membuat aduan kepada BSK. Seterusnya pegawai BSK akan menjalankan tindakan lanjut seperti mengadakan sesi runding cara melibatkan kedua-dua belah pihak untuk mendapatkan penyelesaian. Jika tiada penyelesaian dicapai, maka penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah akan difailkan di Mahkamah Syariah.
2. Apakah dokumen yang perlu dikemukakan kepada BSK ketika aduan difailkan?
3. Selain menerima aduan, adakah BSK bertindak proaktif memantau kes-kes nafkah/ muta'ah yang telah dikeluarkan perintah?
4. Apakah jenis penguatkuasaan yang akan dilaksanakan?
5. Adakah bantuan kewangan akan diberikan kepada bekas isteri/anak-anak sepanjang prosiding penguatkuasaan perintah berlangsung di Mahkamah?
6. Adakah perintah nafkah/ muta'ah yang dikeluarkan selepas 6 tahun boleh dilaksanakan?
PERMOHONAN PEGUAM SYAR’IE
1. Apakah rujukan undang-undang yang berkaitan dengan Peguam Syar’ie?
Bekas isteri/ anak boleh membuat aduan kepada BSK. Seterusnya pegawai BSK akan menjalankan tindakan lanjut seperti mengadakan sesi runding cara melibatkan kedua-dua belah pihak untuk mendapatkan penyelesaian. Jika tiada penyelesaian dicapai, maka penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah akan difailkan di Mahkamah Syariah.
2. Amit, seorang warganegara Indonesia, telah menamatkan pengajian dalam bidang undang-undang syariah di sebuah universiti tempatan di Malaysia. Dia berminat untuk menjadi Peguam Syar’ie di negeri Sabah. Adakah dia layak memohon pendaftaran sebagai Peguam Syar’ie atau adakah status kewarganegaraannya memberi kesan kepada kelayakannya?
3. Nadia telah melengkapkan semua syarat dan latihan amali yang diperlukan untuk menjadi Peguam Syar’ie. Apakah langkah-langkah yang perlu diambil oleh Nadia untuk memohon pendaftaran serta diterima masuk sebagai Peguam Syar’ie di Negeri Sabah? Jelaskan dokumen yang perlu disediakan oleh Nadia?yang telah dikeluarkan perintah?
4. Apakah syarat yang perlu dipenuhi oleh pemegang ijazah undang-undang luar negara untuk menjadi Peguam Syar’ie di Negeri Sabah?
5. Bolehkah sekiranya ada Peguam Syar’ie dari Negeri-negeri lain di Malaysia memohon untuk diterima masuk sebagai Peguam Syar’ie Negeri Sabah atas alasan-alasan tertentu?
6. Saya telah tamat pengajian dalam bidang undang-undang Syariah. Kini saya sedang menjalani latihan dalam kamar. Bolehkah dalam masa yang sama, saya bertindak sebagai Peguam Syar’ie di Mahkamah Syariah?
7. Saya berkhidmat sebagai penjawat awam didalam bidang undang-undang. Adakah saya boleh mendapatkan pengecualian sepenuhnya dari menjalani latihan dalam kamar?
8. Saya hendak menjalani latihan guaman. Bolehkah saya pilih mana -mana firma peguambela dan peguamcara dan adakah syarat tertentu firma guaman atau peguam yang akan menyelia saya?
9. Bilakah saya boleh memulakan pelatihan di firma guaman syar’ie? Bagaimanakah perkiraan tempoh pelatihan 12 bulan dibuat?
10. Saya telah tamat menjalani latihan dalam kamar. Bolehkah saya terus beramal sebagai Peguam Syar’ie?
11. Bagaimana saya mengetahui berkenaan panggilan temuduga atau peperiksaan? Apakah dokumen yang saya perlu kemukakan?
12. Saya memohon untuk dikeluarkan dari Daftar Peguam Syar’ie sebelum ini kerana berhenti menjadi Peguam Syar’ie. Saya telah bekerja sebagai penjawat awam di sebuah agensi selama setahun namun berhasrat untuk berhenti dan menjadi seorang Peguam Syar’ie semula. Bagaimanakah cara untuk saya diterima semula sebagai Peguam Syar’ie?
13. Bagaimanakah cara pembaharuan Sijil Amalan Tahunan Guaman Syar’ie dilakukan?
14. Pada 20 September 2024 yang lalu saya telah membayar fi guaman kepada Peguam Syar’ie saya untuk melaksanakan tugas di Mahkamah seperti membuka fail kes dan sebagainya. Namun, Peguam Syar’ie tersebut tidak melaksanakan apa-apa tindakan seterusnya seperti tidak mewakili saya di Mahkamah. Saya merasakan Peguam Syar’ie tersebut telah tidak amanah dalam menjalankan tugas sebagai Peguam Syar’ie. Persoalannya, bagaimana saya boleh membuat aduan terhadap Peguam Syar’ie tersebut?
15. Saya telah melantik seorang Peguam Syar’ie untuk mewakili saya bagi tuntutan di Mahkamah Syariah. Saya ingin membuat aduan terhadap salah laku olehnya, walaubagaimanapun saya tidak tahu sama ada aduan boleh dibuat atau tidak. Soalan saya apakah sebab-sebab yang membolehkan tindakan tatatertib dikenakan ke atas seorang Peguam Syar’ie?
16. Pada 23 September 2024, saya telah ke Mahkamah Syariah untuk mendapatkan nasihat mengenai masalah saya. Sebelum saya sempat masuk ke Mahkamah Syariah, saya telah didatangi oleh seorang individu yang menawarkan khidmat nasihat dan mengaku sebagai Peguam Syar’ie. Walaubagaimanapun saya mendapat tahu bahawa individu tersebut bukanlah Peguam Syar’ie. Soalan saya, apakah tindakan yang boleh saya lakukan untuk melaporkan kesalahan beliau dan apakan hukuman yang dijatuhkan kepada individu yang menyamar sebagai Peguam Syar’ie?
17. Seorang Peguam Syar’ie telah disabitkan bersalah kerana telah melanggar Kaedah-Kaedah Peguam Syar’ie (Negeri Sabah) 2021, soalan saya apakah hukuman yang bakal dikenakan kepada Peguam Syar’ie yang melakukan kesalahan atau melanggar Kaedah-Kaedah Peguam Syar’ie itu?
18. Saya telah melantik Encik Ahmad sebagai Peguam Syar’ie untuk menguruskan kes pembahagian harta pusaka keluarga saya Namun, setelah beberapa bulan, saya mendapati bahawa Encik Ahmad telah melakukan beberapa tindakan yang mencurigakan seperti meminda nilai harta dan memasukkan dokumen palsu. Saya merasa telah dikhianati oleh Encik Ahmad. Apakah yang boleh saya lakukan bagi melaporkan tindakan Encik Ahmad tersebut ?




