27 September 2022 – Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah buat julung kalinya menerima rombongan pelajar bagi tujuan lawatan sambil belajar dari Kolej Vokasional Likas Kota Kinabalu Sabah. Seramai 10 orang pelajar dan seorang guru pengiring iaitu Ustazah Norhayani Bnti Pelah telah hadir dalam lawatan tersebut dengan tujuan utamanya adalah memberi pendedahan kepada pelajar berhubung pengendalian dan pengurusan kes di Mahkmah Syariah melalui subjek Pengajian Islam di bawah subtopik Pentadbiran Kehakiman Islam.
- Lawatan ini telah dirasmikan oleh YAA Ketua Hakim Syarie Negeri Sabah serta mengalu-alukan kehadiran pelajar-pelajar dari Kolej Vokasianal Likas dengan ucapan ringkas berhubung pengenalan dan sejarah penubunhan Mahkamah Syariah di Negeri Sabah. Pelajar-pelajar juga telah diberi pendedahan dan penerangan ringkas dari Tuan Mohd Yusuf Bin Nureddin berkenaan tatacara pengendalian kes di Mahkamah Syariah bermula di peringkat Mahkamah Rendah sehingga ke peringkat Mahkamah Rayuan.
- Pelajar-pelajar juga telah diberi peluang untuk melawat di sekitar bangunan Kompleks Makamah serta mendengar prosinding kes yang berjalan di Mahkamah Rendah yang melibatkan Permohonan Faraid di hadapan Tuan Abdul Hakim Bin Mohd Bisri.
- Jabatan mengucapkan terima kasih dan syabas kepada pegawai-pegawai yang terlibat serta Unit Pengurusan Jabatan yang di Ketuai oleh En Muhammad Imran Faiz bin Ismail dan Puan Norizah binti Taraji kerana telah Berjaya mengendalikan program lawatan ini dengan jayanya.
24 Mei 2022, Kota Kinabalu: Satu Majlis Sambutan Raya Perdana Agensi-Agensi Islam Sabah 1443H/2022M telah diadakan bertempat di Dewan Saadah, Wisma MUIS, Kota Kinabalu.
Majlis yang bermula jam 2.00 petang telah dihadiri oleh Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor, Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Haji Mohd Arifin bin Haji Mohd Arif, Ketua Hakim Syarie Negeri Sabah, Tuan Ahmad Din bin OKK Othman dan Ketua-ketua agensi Islam.
Majlis turut diserikan dengan lawatan ke gerai-gerai agensi dan penyerahan hadiah kepada gerai terbaik dan pengunjung bertuah.
Bahagian Sokongan Keluarga : Gerai Pameran sempena Program Mahrajan yang diadakan Di Daerah Beaufort dengan Kerjasama MSD Beaufort pada 25 Mac 2017.
Bahagian Sokongan Keluarga : Gerai pameran Unit BSK Sempena Program Majlis Tilawah Peringkat Negeri Sabah
16 APRIL 2021 – Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah telah dijemput hadir ke Mesyuarat Brainstorming Draf Kaedah-Kaedah Harta Pusaka Orang Islam Negeri Sabah yang diadakan oleh Jabatan Peguam Besar Negeri Sabah di Tingkat 22 Pusat Pentadbiran Negeri Sabah di Likas, Kota Kinabalu.Mesyuarat yang bermula jam 9.00 pagi ini dipengerusikan oleh Y. Bhg. Puan Dayangku Fazidah Hatun Pg. Bagul, Timbalan Peguam Besar Negeri dan telah diberi taklimat draf kaedah-kaedah oleh Puan Siti Hafsah binti Adenan, Pegawai Unit Syariah Jabatan Peguam Besar Negeri Sabah.Mesyuarat antara lain membincangkan punca kuasa kerajaan negeri untuk menubuhkan Kaedah-Kaedah Harta Pusaka Orang Islam Negeri Sabah, input-input asas kepada draf kaedah dan langkah-langkah yang perlu diambil oleh kedua-dua jabatan. Draf kaedah-kaedah ini dijangka siap pada awal tahun 2022.Wakil Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah yang hadir ke mesyuarat ini ialah YA Tuan Ahadin bin Arinen, YA Tuan Nawawi bin Diman, Puan Surayah binti Ramlee, Tuan Mohd Amir bin Hj Arifin dan Puan Nooryasmensharini binti Abas.Pihak Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah merakamkan jutaan terima kasih kepada Jabatan Peguam Besar Negeri Sabah atas inisiatif memulakan tindakan bagi pewujudan Draf Kaedah-Kaedah Harta Pusaka Orang Islam Negeri Sabah ini. Kerjasama penuh akan diberikan bagi menjayakan cadangan penubuhan draf kaedah-kaedah ini pada tahun hadapan.
Program Pengagihan Bubur Lambuk Sempena Ramadan 1443H Bersama ADABI Sabah
20 April 2022 – Rabu | Satu program pengagihan bubur lambuk kepada warga Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Sabah, Kota Kinabalu telah diadakan pada jam 2.00 petang hari ini.
Sebanyak 200 pek bubur lambuk disumbangkan oleh pihak ADABI yang telah disampaikan oleh Pengarah ADABI Sabah, Tuan Mohd Zahari Bin Mohd Nasir.
Program agihan tersebut telah dihadiri oleh Yang Amat Arif Tuan Ahmad Din Bin OKK Othman, Ketua Hakim Syarie Negeri Sabah bersama-sama warga Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah, Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sabah dan Mahkamah Rendah Syariah Kota Kinabalu.
Program pengagihan bubur lambuk ini merupakan program yang julung kalinya diadakan bersama pihak ADABI Sabah.
BENGKEL LITERASI UNDANG-UNDANG SYARIAH SIRI 3: UNDANG-UNDANG TANAH DI NEGERI SABAH 7 Ogos 2020, Kota Kinabalu, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah telah mengadakan Bengkel Literasi Undang-Undang Syariah Siri 3 bertajuk Undang-Undang Tanah di Negeri Sabah pada hari ini secara aplikasi Skype for Business. Bengkel ini diadakan adalah bertujuan mengenalpasti isu-isu berkaitan perintah pemilikan tanah di Negeri Sabah.Bengkel telah dirasmikan dengan ucapan alu-aluan oleh YA Tuan Samal bin Munji, Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sabah sebagai mewakili YAA Tuan Ahmad Din bin OKK Othman, Ketua Hakim Syarie Negeri. Penganjur telah menjemput Tuan Mohd Saifurazee bin Mohamed@Hussin, Pendaftar Tanah Pejabat Tanah dan Ukur Negeri Sabah untuk menyampaikan ceramah dan seterusnya mengendalikan perbincangan.Bengkel kali ini disertai oleh seluruh Hakim Syarie dan Penolong Pendaftar Mahkamah Syariah Negeri Sabah dan turut serta dalam bengkel ini juga ialah beberapa orang Pegawai Penyelidik Hakim Rayuan Syariah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia di Putrajaya. Resolusi bengkel adalah perlu diadakan satu Bengkel khas di antara Mahkamah Syariah, Pejabat Tanah dan Ukur Sabah, Pejabat Peguam Besar Negeri Sabah dan beberapa agensi yang berkaitan bagi membincangkan isu hak milik Tanah Native (Native Title) dan Perintah Pentadbir Harta Pusaka Mahkamah Syariah.