Soalan Lazim

Tarikh PKP yang dirujuk dalam FAQ ini adalah dari 18 Mac 2020 hingga 28 April 2020 tertakluk kepada apa-apa perubahan tarikh pemendekan/ pelanjutan tempoh PKP yang diumumkan oleh Kerajaan.

Pengurusan Kes

Tidak. Semua Mahkamah Syariah Daerah (MSD) tidak dibuka kepada orang awam sepanjang tempoh PKP dilaksanakan. Pertimbangan akan diberi oleh mahkamah bagi pendaftaran kes-kes baharu yang wujud keperluan mendesak dan kes-kes yang terikat dengan had masa di bawah peruntukan undang-undang yang berkuatkuasa tertakluk kepada kebenaran daripada Ketua Hakim Syarie Negeri.
Ya, semua prosedur perbicaraan samaada kes mal atau jenayah di mahkamah terbuka atau mahkamah tertutup ditangguhkan semasa PKP berkuatkuasa kecuali bagi pendengaran kes baharu yang mendesak melalui perakuan segera dengan kebenaran mahkamah.
Boleh. Kelulusan bagi pendengaran permohonan tersebut adalah tertakluk kepada merit sesuatu kes. Tatacara bagi pendengaran kes tersebut, jika dibenarkan, adalah berdasarkan kepada Arahan Amalan N0. 11 Tahun 2019 (Pendengaran Permohonan Perintah Interim Injunksi Ex-Parte Yang Difailkan Atas Perakuan Segera).
5. Bagaimana permohonan Perakuan Segera diuruskan? (a) Mahkamah Rayuan Syariah - Perakuan Segera dikendalikan oleh Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah dan mendapatkan arahan selanjutnya dari YAA Ketua Hakim Syarie Negeri. (b) Mahkamah Tinggi Syariah - Perakuan Segera dikendalikan oleh Pendaftar/ Penolong Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah dan mendapatkan arahan selanjutnya dari Hakim Mahkamah Tinggi Syariah. (c) Mahkamah Rendah Syariah - Perakuan Segera dikendalikan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah dan mendapatkan arahan selanjutnya daripada Hakim Mahkamah Rendah Syariah Daerah.
Semua kes Mal, Jenayah, Faraid, Sulh dan Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) yang telah ditetapkan tarikh sebutan/ perbicaraan/ Majlis Sulh/ rundingcara BSK di dalam tempoh PKP adalah ditangguhkan.
Kesemua kes yang ditangguhkan sewaktu PKP disemua peringkat prosiding akan dijadualkan tarikh pendengaran/ perbicaraan semula. Penetapan tarikh pendengaran/ perbicaraan yang baharu akan dimaklumkan kemudian.
Semua kes Mal, Jenayah, Faraid, Sulh dan BSK yang telah ditetapkan tarikh sebutan/ perbicaraan/ Majlis Sulh/ rundingcara BSK dan yang jatuh pada tarikh selepas PKP berakhir adalah berjalan seperti yang dijadualkan tertakluk kepada pindaan tarikh oleh mahkamah.
Pihak-pihak boleh menghubungi mahkamah terlebih dahulu agar keperluan bagi pengurusan kes tersebut boleh diaturkan. Maklumat perhubungan JKSNS/MSD seperti di lampiran.
Langkah-langkah yang akan diambil adalah seperti berikut; (a) Pendengaran didengar dalam mahkamah terbuka; (b) Memastikan jarak sosial dipatuhi; (c) Pegawai dan pelanggan yang demam/ tidak sihat tidak dibenarkan hadir; (d) Pegawai dan pelanggan hendaklah memakai penutup hidung dan mulut; (e) Menggunakan cecair pembasmi kuman/ mencuci tangan dengan sabun sebelum dan selepas berurusan; dan (f) Sentiasa mematuhi garis panduan yang dikeluarkan oleh KKM dari semasa ke semasa.

Sulh

Tidak, Unit Sulh tidak beroperasi dan semua sesi Majlis Sulh ditangguhkan.
Tarikh sidang Majlis Sulh ditetapkan sebaik sahaja tempoh PKP tamat dan pihak-pihak akan dimaklumkan kemudian.
Tarikh tangguhan baharu akan dimaklumkan melalui apa jua media komunikasi yang bersesuaian.
Pihak-pihak boleh terus melaksanakan perjanjian persetujuan yang telah dicapai secara bersama dan setelah tempoh PKP tamat, hendaklah seberapa segera memfailkan tuntutan tersebut ke Mahkamah Syariah dan pengendorsan perjanjian penyelesaian tersebut di hadapan Hakim Syarie boleh dibuat dengan kadar segera.

BAHAGIAN SOKONGAN KELUARGA (BSK)

Aduan boleh dikemukakan di FB Page Bahagian Sokongan Keluarga-BSK/ e-mel Bahagian Sokongan Keluarga Seksyen Negeri dengan memberikan maklumat aduan yang lengkap berserta nombor telefon/ e-mel yang dapat dihubungi bagi tujuan rujukan lanjut pihak BSK.
Dana pendahuluan/ bantuan nafkah boleh dipohon sepanjang tahun walaupun dalam tempoh PKP. Medium e-mel bagi tujuan penghantaran borang boleh digunakan oleh pelanggan. Permohonan akan diproses oleh BSK dalam tempoh yang munasabah dengan mengambilkira tempoh kelulusan oleh jawatankuasa dan pemprosesan bayaran.
Sekiranya bekas suami enggan membayar nafkah sepertimana yang telah diperintahkan, aduan pelanggaran perintah boleh dikemukakan kepada BSK melalui laman FB Page Bahagian Sokongan Keluarga-BSK/ BSK Seksyen Negeri. Aduan akan disemak dan diproses oleh BSK. Suatu notis peringatan akan dikeluarkan kepada suami/ bekas suami sebelum tindakan selanjutnya seperti rundingcara, pelaksanaan dan penguatkuasaan perintah diambil oleh BSK yang akan dilaksanakan selepas tempoh PKP tamat. Sekiranya sesuatu kes mendesak yang memerlukan penyelesaian segera, pemiutang penghakiman boleh memfailkan perakuan segera kepada Ketua Pendaftar Mahkamah Syariah Negeri-negeri bagi kebenaran pemfailan dan atau pendengaran melalui apa-apa kaedah pemfailan atau pendengaran yang sesuai dengan hal keadaan pihak-pihak.
Untuk penjelasan lanjut boleh dikemukakan di FB Page Bahagian Sokongan Keluarga-BSK/ e-mel Bahagian Sokongan Keluarga Seksyen Negeri dengan memberikan maklumat yang lengkap beserta nombor telefon/ e-mel yang dapat dihubungi bagi tujuan rujukan lanjut pihak BSK.

PERSOALAN UMUM

Semua orang adalah terikat dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikeluarkan oleh kerajaan. Jika mana-mana pihak berkeras untuk meneruskan hasrat untuk mengambil anak dalam tempoh PKP, tindakan tersebut adalah atas tanggungjawab sendiri kerana pada dasarnya tugas mahkamah telah selesai sebaik sahaja perintah mahkamah diberi dan dikeluarkan. Pihak-pihak boleh untuk menggunakan mana-mana aplikasi secara maya sebagai contoh panggilan video melalui WhatsApp, aplikasi Zoom dan lain-lain yang bersesuaian sebagai medium untuk berkomunikasi dengan kanak tersebut di sepanjang tempoh PKP ini.
Berdasarkan undang-undang, lafaz cerai takliq oleh suami tersebut adalah termasuk di dalam talaq di luar dan tanpa kebenaran mahkamah. Pihak-pihak boleh menghubungi mahkamah untuk menentukan samaada kes tersebut adalah sesuatu yang mendesak untuk difailkan atau sebaliknya kerana mendesak atau tidak sesuatu kes adalah berdasarkan merit dan fakta setiap kes.
Ya, isu wali masih perlu dirujuk terlebih dahulu kepada Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk (Pendaftar PPR) di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) sebelum membuat apa-apa permohonan di Mahkamah Syariah.
Semua perintah akan dikeluarkan selepas tempoh PKP tamat. Bagaimanapun permintaan boleh dikemukakan melalui e-mail kepada pegawai yang bertanggungjawab disetiap mahkamah (lihat lampiran) dengan menyatakan keperluan perintah itu diperlukan segera. Pegawai yang berkenaan akan memaklumkan kepada Pemohon status permintaannya melalui e-mail.
Pada dasarnya, semua pendaftaran dan pendengaran kes adalah ditangguhkan dalam tempoh PKP ini dan akan dijalankan seperti biasa setelah tempoh PKP tamat. Bagi kes tuntutan perceraian sedemikian, ianya dikategorikan sebagai kes tidak mendesak dan dinasihatkan pendaftaran kes itu dibuat setelah tempoh PKP berakhir.
Pendengaran secara telekonfrensi atau sidang video hanya akan dibuat berdasarkan keperluan dan kesesuaian kes. Kebenaran daripada Ketua Hakim Syarie Negeri adalah diperlukan dan ianya hendaklah berdasarkan rekomendasi oleh MSD berkenaan.
Sekiranya terdapat keperluan berkenaan urusan kes semasa PKP, orang awam boleh menghubungi pegawai-pegawai JKSNS/ MSD pada waktu pejabat sepertimana maklumat di lampiran.

Senarai Pegawai Yang Dirujuk Dalam Tempoh PKP