KUNJUNGAN YB DR. MOHAMMAD FAHMI BIN NGAH EXCO AGAMA ISLAM DAN PEMBUDAYAAN INOVASI NEGERI SELANGOR KE KOMPLEKS MAHKAMAH SYARIAH KOTA KINABALU


KUNJUNGAN YB DR. MOHAMMAD FAHMI BIN NGAH EXCO AGAMA ISLAM DAN PEMBUDAYAAN INOVASI NEGERI SELANGOR KE KOMPLEKS MAHKAMAH SYARIAH KOTA KINABALU

23 Januari 2024 (Selasa) - JKSNS telah menerima kunjungan YB Tuan Dr. Mohammad Fahmi bin Ngah, Exco Agama Islam dan Pembudayaan Negeri Selangor berserta rombongan. Turut hadir ketua-ketua Jabatan di bawah kelolaan YB Datuk Hj Mohd Ariffin bin Datuk Hj Mohd Arif. Rombongan dari Kerajaan Negeri Selangor tersebut dijemput khas oleh YB Datuk Mohd Ariffin bin Datuk Mohd Arif selaku Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah merangkap exco Hal Ehwal Islam dan Pendidikan Negeri melawat Kompleks Mahkamah Syariah Kota Kinabalu yang baharu. Rombongan telah dibawa melawat ke Mahkamah Rayuan Syariah sebelum dipertontonkan montaj jabatan-jabatan di bawah YB Exco Agama dan Pendidikan Negeri dan taklimat dari YAA Tuan Ahadin Arinen Ketua Hakim Syarie Negeri. YB Tuan Dr Mohammad Fahmi dalam ucapannya mengucapkan menzahirkan rasa teruja dengan kemudahan yang ada di Kompleks Mahkamah syariah yang baharu dan berharap adanya kerjasama di antara dua negeri dalam membangunkan institusi agama islam bagi manfaat rakyat. YB Datuk pula dalam ucapan balasnya mengucapkan terima kasih kepada YB Tuan Exco Negeri Selangor bersama rombongan di atas kesudian melapangkan masa untuk berkunjung ke agensi-agensi di bawah kelolaan YB Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap exco Hal Ehwal Agama dan Pendidikan Negeri Sabah dengan harapan agar silaturrahmi antara 2 negeri bertambah erat dan perkongsian maklumat dapat membantu masyarakat dengan lebih berkesan terutama kecekapan penyampaian perkhidmatan kerajaan. Majlis diakhiri dengan penyerahan cenderamata dan makan tengahari.