KUNJUNGAN HORMAT DAN LAWATAN RASMI EXCO PEMBUDAYAAN INOVASI DAN INFRASTRUKTUR DIGITAL NEGERI SELANGOR BERSAMA MENTERI SAINS TEKNOLOGI DAN INOVASI SABAH KE KOMPLEKS MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SABAH


KUNJUNGAN HORMAT DAN LAWATAN RASMI EXCO PEMBUDAYAAN INOVASI DAN INFRASTRUKTUR DIGITAL NEGERI SELANGOR BERSAMA MENTERI SAINS TEKNOLOGI DAN INOVASI SABAH KE KOMPLEKS MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SABAH

23 Januari 2024- (Selasa)- Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah (JKSNS) telah menerima kunjungan hormat dan lawatan rasmi Y.B Tuan Dr Mohammad Fahmi bin Ngah (Exco Pembudayaan Inovasi dan Infrastruktur Digital Negeri Selangor) serta rombongan ke Kompleks Mahkamah Syariah Kota Kinabalu, Sabah.

Turut hadir bersama adalah YB Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd Arif (Menteri Sains Teknologi Dan Inovasi Sabah merangkap Exco Agama dan Pendidikan Sabah) dan ketua-ketua jabatan dibawah agensi agama.

Rombongan telah disambut mesra oleh YAA Tuan Ahadin Bin Arinen, Ketua Hakim Syari'e Negeri dengan diiringi YA Hakim Mahkamah Tinggi serta pegawai-pegawai kanan jabatan.

Delegasi telah dibawa ke Dewan Mahkamah Rayuan Syariah, pejabat Ketua Hakim Syarie dan Ketua Pendaftar serta Bilik Mesyuarat Utama jabatan. Sesi taklimat ringkas berkaitan maklumat dan inovasi jabatan serta perkembangan undang-undang Syariah di Sabah telah disampaikan oleh Ketua Hakim Syarie Negeri Sabah.

Y.B Tuan Dr Mohammad Fahmi bin Ngah selaku ketua delegasi juga turut berkongsi maklumat perkembangan dan penggunaan teknologi dan inovasi digital di negeri Selangor selaras dalam memantapkan penyampaian perkhidmatan kerajaan Selangor kepada masyarakat. Beliau juga turut merakamkan ucapan terima kasih kepada jabatan atas sambutan warga JKSNS dan juga turut berasa kagum melihat keindahan Kompleks bangunan Mahkamah Syariah Negeri Sabah.

Lawatan petang ini telah diakhiri dengan sesi bergambar dan penyampaian cendera kenangan daripada agensi-agensi agama kepada delegasi.