PEMBUKAAN PERUNDANGAN NEGERI SABAH 2024 19 Januari 2024
PEMBUKAAN PERUNDANGAN NEGERI SABAH 2024 19 Januari 2024
YAA Ketua Hakim Syarie Negeri Tuan Ahadin Arinen telah dijemput menyertai Pembukaan Perundangan Negeri Sabah tahun 2024. Acara tahunan tersebut bermula seawal 6.00 pagi dengan perarakan hakim-hakim kanan Sivil termasuk YAA Ketua Hakim Syarie Negeri dan para peguam bagi Sabah dan Sarawak seramai 250 orang bermula dari Dewan Hakka menuju Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah. Program tersebut diadakan sebagai lambang solidariti badan kehakiman dan pengamal undang-undang dalam menegakkan keadilan dan pelaksanaan undang-undang dalam masyarakat. Program tersebut turut dihadiri Hakim Besar Sabah dan Sarawak YAA Tan Sri Dato' Abdul Rahman bin Sebli dan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun binti Tuan Mat. Dalam program tersebut YAA Hakim Besar Sabah dan Sarawak mengumumkan sistem kecerdasan buatan dalam keputusan mahkamah telah berjaya memenangi tempat pertama dalam pertandingan kebangsaan kategori ICT. Majlis diakhiri dengan penyerahan cenderamata.