PROGRAM FESTIVAL KESENIAN ISLAM DIDATARAN BAGANDANG BEAUFORT,SABAH





29hb Januari 2024 (Beaufort, Sabah)- BSK Seksyen Negeri Sabah telah menyertai Program Festival Kesenian Islam di Dataran Bagandang Beaufort, Sabah.

Program ini berlangsung selama 3 hari bermula 25hb hingga 27hb Januari 2024 mulai jam 8.00 pagi hingga 10.30 malam sepanjang 3 hari berlangsung dan turut dirasmikan pembukaan pada 25hb Januari 2024 yang diucap oleh Yang Berhormat Datuk Hj Ruslan bin Muharam, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri (Merangkap ADUN N.34 Lumadan) dan juga perasmian penutupan pada 27hb Januari 2024 yang diucap oleh Yang Berhormat Datuk Dr Hj. Mohd Ariffin bin Hj Mohd Arif (JP), Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (Merangkap Exco Agama Islam dan Pendidikan).



Pelbagai acara telah diadakan sepanjang program ini antaranya Penyampaian Bantuan Asnaf, Penyampaian Bantuan Peralatan Sekolah, Majlis Tilawah Al Quran, Forum Anjung At Taqwa, Pertandingan Azan, Pertandingan Kompang dan Marhaban, Seminar I-Syifa “Perubatan Islam”, Bengkel dan Penulisan Seni Khat, Pertandingan Memanah, Majlis Malam Beaufort Berselawat, pameran daripada agensi kerajaan dan sebagainya iaitu Jabatan Kehakiman Syariah (Seksyen Bahagian Sokongan Keluarga Negeri Sabah), Majlis Ugama Islam Sabah (Wakaf, Halal Hub, Zakat, Baitulmal), JHEAINS (Klinik Al Fatihah, SMAN & Pendidikan), Tabung Haji, Jakim/IPDAS, Polis, Hospital, Persatuan Seni Khat Sabah, Majlis Daerah Beaufort, Muzium Kesenian Islam, Kolej Komuniti Yayasan Sabah dan Persatuan Memanah Tradisional Daerah Beaufort.

BSK Seksyen Negeri Sabah juga membuka kaunter pameran dan pertanyaan yang secara langsung menerangkan fungsi dan peranan BSK kepada para pengunjung yang terdiri daripada pelanggan-pelanggan BSK Negeri Sabah, masyarakat awam berdekatan dan kakitangan awam.

Semoga program seperti ini dapat memberi maklumat yang lebih meluas kepada masyarakat tentang fungsi dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh BSK serta bermanfaat untuk semua.