Kursus Pengurusan Laman Sesawang Siri 1 Tahun 2024

1 Februari 2024 (Khamis) - Unit latihan Jabatan Kehakiman Syariah telah mengadakan Kursus Pengurusan Laman Sesawang jabatan dengan kerjasama unit Teknologi Maklumat. Puan Azalinah binti Wahit dari Seksyen Teknologi Maklumat Perbendaharaan Sabah telah dijemput sebagai penceramah bagi kursus tersebut.

Tujuan kursus diadakan bagi memberikan latihan dan pendedahan pengurusan dan pengemaskinian laman sesawang jabatan oleh pegawai yang dilantik dengan simulasi dan latihan sebenar kepada peserta yang terdiri dari unit Teknologi Maklumat, Unit Sulh, Unit Kewangan, Unit Rayuan, Unit Pusat Sumber dan Penerbitan, Unit Latihan, Unit Rekod dan Unit Pentadbiran dan Sumber Manusia. Majlis diakhiri dengan penyerahan cenderamata.