MESYUARAT PENGURUSAN MAHKAMAH SYARIAH BIL.1 TAHUN 2024

2 Februari 2024 (Jumaat) - Mesyuarat Pengurusan Mahkamah Syariah Bil.1  2024 telah diadakan dengan dipengerusikan oleh YAA Tuan Ahafin Arinen, Ketua Hakim Syarie Negeri. Ahli mesyuarat terdiri daripada Hakim Mahkamah Rendah, Tn Abdul Hakim Bisri, Hakim-hakim Litar, Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, ketua-ketua unit dan BSK dengan maklumbalas dibentangkan oleh Tuan Mohd Yusuf Bin Nureddin, Pendaftar Jabatan. YAA Ketua Hakim Syarie Negeri dalam perutusannya menekankan taqwa kepada Allah taala dalam menjalankan tugas dan amanah yang telah diberikan.

Ringkasnya, Laporan statistik bagi kes Mal, Faraid dan Jenayah yang dibentangkan oleh Tn Abdul Hakim Bisri bagi kes Fast Track 2023 pendaftaran sebanyak 1,299 selesai 1,194 dan baki 105 dengan peratus penyelesaian 91.69%, bagi kes aktif MRSD KK mencatatkan pendaftaran 2,837, selesai 2,158 dan belum selesai 679 kes dengan peratus penyelesaian 76.06%.Kes jenayah yang dibawa ke 2024 sebanyak 1,021. Sebanyak 2,517 perintah bersih telah dikeluarkan sehingga November 2023. Syabas diucapkan di atas pencapaian bagi tahun 2023. Moga kecemerlangan diteruskan pada tahun-tahun mendatang.