WACANA KEHAKIMAN DAN PERUNDANGAN SYARIAH TAHUN 2024 & PENYAMPAIAN ANUGERAH PENARAFAN BINTANG INSPEKTORAT REKOD DAN PEMATUHAN ARAHAN AMALAN MAHKAMAH SYARIAH 2023 KEPADA JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI SABAH

PUTRAJAYA - 7 Februari 2024: Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia telah menganjurkan Wacana Kehakiman Dan Perundangan Syariah Tahun 2024 bertempat di hotel everly Putrajaya. Seramai 350 orang peserta menghadiri program ini yang terdiri daripada Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, YAA Ketua Hakim Syarie Negeri-negeri, Hakim-hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Pegawai-pegawai Syariah negeri dan persekutuan, wakil Persatuan Peguam Syarie dan Ketua-ketua Pendakwa Syarie Persekutuan dan Negeri.

Ucaptama dan perasmian wacana telah disempurnakan oleh YAA Dato’ Mohd Amran bin Mat Zain Ketua Pengarah Ketua Hakim Syarie JKSM. Dalam ucapan beliau turut menekankan kepentingan keadilan dalam penyampaian perkhidmatan. YAA turut menzahirkan agar perkhidmatan yang diberikan selaras dengan Pelan Tranformasi Al Falah yang diperkenalkan oleh Menteri Agama iaitu YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) iaitu tepat dan cepat (TNC) yang juga merupakan antara fokus al falah iaitu memartabatkan perundangan dan kehakiman islam.

Program ini turut merakamkan Penerima Anugerah Tertinggi sepanjang tahun 2023, Pencapaian JKSN dan MSN dan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah (JKSNS) telah menerima anugerah penarafan lima bintang dalam Penarafan Bintang Inspektorat Rekod dan Pematuhan Arahan Amalan Mahkamah Syariah 2023.

Tahniah diucapkan.