Majlis Persaraan Puan Jumatiah binti Gairullah dan Sanjungan Budi Encik Jaafar bin Ramlee

9 Februari 2024- Jumaat: Ibu pejabat Jabatan Kehakiman Syariah telah mengadakan Majlis Persaraan buat Puan Jumatiah binti Gairullah pembantu Tadbir N22 dan Sanjungan budi buat Encik Jaafar bin Ramlee yang berpindah tempat bertugas di Majlis Keselamatan Negara Kota Kinabalu.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh encik Faiz Akmal, diikuti dengan ucapan aluan oleh Ketua Pendaftar, Puan Surayah binti Ramlee, seterusnya ucapan dari ketua-ketua unit.

Puan Jumatiah binti Gairullah bertugas di unit terakhir di Unit Sulh JKSNS telah memulakan perkhidmatan di Majlis Ugama Islam Sabah pada 10 Februari 1987, seterusnya di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah sebelum berpindah ke Jabatan Kehakiman Syariah Negeri. Selama 37 tahun perkhidmatan, beliau sempat berkhidmat di pelbagai unit termasuk unit pentadbiran, Bahagian Sokongan Keluarga dan Unit Sulh Kota Kinabalu.

Sementara Encik Jaafar bin Ramlee Pemandu kenderaan Jabatan telah berkhidmat di JKSNS lebih sedekad.

Majlis kemudian diteruskan dengan penyerahan cenderamata kepada kedua-dua yang diraikan, sesi pertukaran hadiah di antara kakitangan dan diakhiri dengan majlis makan tengahari.

Pihak Jabatan mengucapkan setinggi penghargaan atas khidmat bakti dan mendoakan kesejahteraan buat Puan Jumatiah binti Gairullah serta selamat bertugas di tempat baharu buat Encik Jaafar bin Ramlee.