LAWATAN FORENSIK JKR MALAYSIA KE KOMPLEK MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SABAH

15 Februari 2024
Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Sabah

YAA Ketua Hakim Syarie Negeri berkesempatan meluangkan masa pada hari ini membuat pertemuan bersama Tuan Ir. Sulaiman bin Kamari, Jurutera Mekanikal Penguasa Kanan Bahagian Rekabentuk Bangunan Am 1, Caw.Kejuruteraan Mekanikal JKR Malaysia.

YAA telah diberikan penerangan berkenaan metodologi penyelesaian isu kondensasi penghawa dingin di KMSNS oleh pihak JKR Malaysia.

YAA juga berkesempatan bertukar-tukar buah fikiran dan meninjau sendiri pelaksanaan pemeriksaan forensik oleh JKR Malaysia & JKR Sabah.