LAWATAN PENSYARAH UNIVERSITI ISLAM SELANGOR DAN PENILAIAN PELAJAR LATIHAN INDUSTRI

1 Mac 2024 (Jumaat) - Dr Azizah binti Mat Rashid Pensyarah Undang-Undang Syariah Universiti Islam Selangor telah mengadakan lawatan singkat ke Kompleks Mahkamah Syariah Kota Kinabalu berbetulan dalam rangka kerja beliau membuat penilaian kepada 3 orang pelajar industri iaitu Nurul Mahirah Gulam Rasul yang bertugas di Mahkamah Tinggi Syariah Kota Kinabalu, Dayangku Inas Syazana Ali@Zainal yang bertugas di Unit Sulh Kota Kinabalu dan Nur Khairunnisa Mohd Taufik yang bertugas di MRS Kota Belud.

Beliau begitu teruja melihat kemudahan di Kompleks Mahkamah  Syariah yang baharu, diberikan laporan oleh penyelia berkaitan prestasi para pelajar UIS yang sangat komited dalam melaksanakan tugasan serta berkesempatan bertemu dengan YAA Ketua Hakim Syarie Negeri. Beliau menyatakan kesanggupan turun tangan membantu mana-mana unit di JKSNS yang terlibat dengan penulisan berbentuk ilmiah. Lawatan diakhiri dengan penyampaian cenderahati.