PROGRAM LAWATAN KETUA HAKIM SYARIE KE MAHKAMAH SYARIAH DAERAH TAWAU DAN MAHKAMAH SYARIAH DAERAH SEMPORNA

4 Mac 2024 (Isnin) - Program Lawatan Ketua Hakim Syarie Negeri, YAA Tuan Ahadin bin Arinen telah dijalankan pada 4 Mac 2024 (Isnin) bersamaan 23 Syaaban 1445H ke Mahkamah Syariah Daerah Tawau dan Mahkamah Syariah Daerah Semporna sekaligus membincangkan Pelanjutan Sewa Ruang Pejabat bagi MSD Tawau serta penyemakan Buku Rekod Perkhidmatan (BRP) pegawai oleh Unit Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia (UPPSM).

Program lawatan KHS Negeri ke MSD Tawau turut dihadiri oleh Tuan Khairul Anuar bin Abdul Rahim, Penilai Daerah (Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Tawau), Encik Teo Kai Peng (Abaca Healthcare Sdn Bhd) bagi membincangkan pelanjutan sewa ruang pejabat bagi MSD Tawau yang akan berakhir pada tahun 2026. Disamping itu, program lawatan ini diselitkan dengan sesi penyemakan BRP pegawai oleh UPPSM dan sebanyak 10 orang pegawai di MSD Tawau telah menyemak BRP milik mereka.

Seterusnya, program lawatan KHS Negeri diteruskan ke MSD Semporna pada sebelah petang yang turut dihadiri Jurutera Awam JKR Sabah Puan Syahidah binti Yusop serta Puan Siti Khalizah binti Abdul Razak, Penolong Jurutera JKR Semporna bagi membincangkan penyelenggaraan dan pembaikan samada dari segi fasiliti bangunan mahupun kemudahan yang sedia ada dan diselitkan juga dengan sesi penyemakan BRP pegawai oleh UPPSM dan seramai 3 orang pegawai telah menyemak BRP milik mereka.

Lawatan pada kali ini turut disertai oleh Ketua Pendaftar, Puan Surayah binti Ramlee, Pegawai Pembangunan, Tuan Hashmiejan bin Hussuein , Tuan Khairil Hejaz bin Harith Yahya, Penolong Pegawai Tadbir I serta pegawai-pegawai daripada ibu pejabat JKSNS.