BACAAN YASIN DAN DOA SELAMAT UNTUK SUAMI PN. FAWZIDAH, PA KEPADA YAA KHS NEGERI.

15 Mac 2024 (Jumaat) - JKSNS telah mengambil inisiatif dengan mengadakan bacaan yasin dan doa selamat dalam talian khusus buat En. Mohd Raziwan bin Miasin, suami kepada Puan Fawzidah binti Aminuddin yang masih menerima rawatan rapi di Hospital Queen Elizabeth. Bacaan yasin dan doa dipimpin oleh Tn Mohd Yusuf bin Nureddin, pendaftar Jabatan kehakiman Syariah Negeri Sabah.

Seramai 66 orang terdiri daripada YAA Tuan Ahadin bin Arinen, Ketua Hakim Syarie Negeri, Pn Surayah Ramlee, Ketua Pendaftar, YA Tuan Nawawi bin Diman, Hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, YA Tuan Ade Rizal Pahlevi Bin Mohd Zen Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Sandakan, YA Puan Taherah binti Tahir Hakim Mahkamah Tinggi Tawau, Hakim-hakim Mahkamah Rendah Syariah daerah-daerah,pegawai-pegawai, penolong-penolong pegawai dan kakitangan JKSNS di seluruh Sabah.

Moga Allah ijabah semua doa dan hajat kita dan meringankan setiap ujian yang dihadapi Puan Fawzidah sekeluarga.