BENGKEL PENGUKUHAN JATI DIRI SIRI 1 TAHUN 2024
Kundasang 19 April 2024 - Seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada pemandu, penghantar notis dan pengawal keselamatan dari setiap Mahkamah Syariah Daerah dan Ibu Pejabat Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah telah menghadiri bengkel Pengukuhan Jati Diri Siri 1 tahun 2024.
Pengisian program dalam bengkel ini adalah meliputi pembangunan diri dan kemahiran-kemahiran insaniah yang perlu diterapkan oleh setiap peserta bengkel ketika melaksanakan tugasan harian. Fokus utama latihan menekankan kepentingan kepimpinan dan komunikasi. Bengkel yang berlangsung di Institusi Latihan Islam Malaysia, Kampus Kundasang ini bermula pada 16 April dan berakhir pada 18 April 2024.
Bengkel anjuran Unit Latihan JKSNS ini dikendalikan oleh penceramah dan fasilitator daripada Dina Consultant & Management. Perserta turut didedahkan dengan kemahiran digital di hari terakhir bengkel. Pihak konsultan menyampaikan hadiah penghargaan kepada Kumpulan Terbaik dan Peserta Terbaik. Penyampaian sijil serta cenderahati antara pihak JKSNS dan pihak konsultan menjadi simbolik berakhirnya bengkel sepanjang 3 hari 2 malam ini.