SAMBUTAN HARI RAYA JABATAN KEHAKIMAN NEGERI SABAH TAHUN 2024
6 Mei 2024, Isnin - Jabatan Kehakiman Syariah Negeri telah mengadakan sambutan Hari Raya peringkat jabatan bagi tahun 2024.
Setiap unit telah diberikan tugasan untuk menghias gerai dan menyediakan pelbagai juadah. Antara menu yang dihidangkan apam balik pelbagai rasa, puding, sate, kambing golek sumbangan Persatuan Peguam Syarie Sabah, soto ayam, Nasi Minyak, nasik hujan panas, lauk Daging dan ikan, air balang dan roti canai.
Sambutan kali ini dimeriahkan dengan pertandingan menganyam ketupat paling pantas yang dimenangi oleh Puan Aziah Abd Ghani, pertandingan meyusun menara cawan dimenangi oleh pasukan Sate yang diketuai Tuan Mohd Hakim bin Bisri dan perhiasan raya setiap aras dimenangi pejabat Ketua Hakim Syarie.
Manakala pertandingan pakaian raya segak bagi lelaki dimenangi oleh Tuan Mohd Hafiidz bin Azman dan pakaian tercantik wanita dimenangi oleh Puan Annisa Malur bin Abdullah.
Hadiah kepada para pemenang disampaikan oleh YAA Tuan Ahadin bin Arinen.
Turut hadir menyerikan majlis sambutan adalah YB Datuk Mohd Ariffin bin Mohd Arif, mantan Ketua-Ketua Hakim Syarie dan Hakim-Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syariah yang telah bersara berserta wakil agensi dari pihak Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, Amanah Raya Berhad, Tabung Haji, Jabatan Kebajikan Mayarakat, Persatuan Peguam Syarie Sabah, Jabatan Bantuan Guaman dan Majlis Ugama Islam Sabah.
Ribuan terima kasih dan penghargaan kepada pengurusan tertinggi terutamanya YAA Ketua Hakim, Puan Ketua Pendaftar, Tuan Pendaftar, para pemenang serta seluruh pasukan yang bertungkus lumus menyiapkan gerai, juadah dan persiapan tempat walau pun pelbagai ujian dan rintangan yang dihadapi. Syabas dan tahniah buat semua.