PENYERTAAN RAYA PERDANA AGENSI-AGENSI ISLAM NEGERI SABAH TAHUN 2024

7 Mei 2024, Selasa - Jabatan Kehakiman Syariah Negeri telah menyertai Raya Perdana agensi-agensi Islam Negeri Sabah tahun 2024 anjuran Pejabat Tugas-Tugas Khas Negeri. Sebanyak 21 agensi terlibat menyiapkan gerai dan menyediakan pelbagai juadah dan untuk sambutan kali ini, jabatan telah berjaya mendapat tempat ke- 8 dalam pertandingan gerai tercantik dengan hadiah wang tunai sebanyak RM500 dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri mendapat tempat pertama. Hadiah telah disampaikan oleh Yang Berhormat Datuk Mohd Ariffin bin Mohd Arif, Menteri Teknologi, Sains dan Inovasi dan diterima oleh YAA Tuan Ahadin Bin Arinen bagi pihak jabatan.

Ribuan terima kasih dan penghargaan kepada pengurusan tertinggi terutamanya YAA Ketua Hakim, Puan Ketua Pendaftar, Tuan Pendaftar atas sokongan moral dan kewangan serta seluruh pasukan yang bertungkus lumus menyiapkan gerai walau pun pelbagai ujian dan rintangan yang dihadapi. Syabas dan tahniah buat semua.