LAWATAN PENGESAHAN TAPAK PROJEK MAHKAMAH SYARIAH KOTA BELUD

KOTA BELUD 9hb Julai 2024 - Satu sesi lawatan pengesahan tapak bagi cadangan penempatan semula projek Mahkamah Syariah Kota Belud telah diadakan pada selasa.

Sesi lawatan ini bertujuan untuk mengenal pasti dan meninjau tapak alternatif bagi projek Mahkamah Syariah Kota Belud, disebabkan keluasan tapak sedia ada yang agak terhad.

Antara tapak yang dilawati adalah tapak di Kampung Peladok, Kampung Botung dan Kampung Pintasan, Kota Belud.

Sesi lawatan pada kali ini telah disertai oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Perdana Menteri (JPM), Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian Persekutuan (JKPTG) Sabah, Jabatan Tanah & Ukur (JTU), PDRM, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM)dan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah (JKSNS).