KELULUSAN PENUBUHAN MAHKAMAH UTAMA SYARIAH NEGERI SABAH 2024 DI SIDANG DEWAN UNDANGAN NEGERI

KOTA KINABALU 10 Julai 2024 (Rabu) - Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah menempa satu lagi kejayaan besar yang penuh bermakna dengan kelulusan Rang Undang-Undang Enakmen Mahkamah Syariah Negeri Sabah tahun 2024 dengan memasukkan penubuhan Mahkamah Utama Syariah diluluskan tanpa sebarang pindaan dalam Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Sabah yang ke-16 yang menjadikan Sabah negeri kedua mewujudkan Mahkamah Utama Syariah selepas Negeri Perak.

Rang Undang-Undang tersebut telah dibentangkan oleh YB Datuk Hj Mohd Ariffin bin Hj Mohd Arif menteri merangkap exco agama negeri Sabah dan telah diterima sebulat suara oleh ahli dewan setelah 3 kali bacaan.

Rentetan dengan kelulusan Enakmen Mahkamah Syariah Turut diusulkan Rang Undang-Undang meminda Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah Negeri Sabah, Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah Negeri dan Enakmen Majlis Ugama Islam bagi menyeragamkan definisi beberapa terma berkaitan.

Semoga dengan penubuhan Mahkamah Utama Syariah di negeri ini memartabatkan lagi institusi keadilan dan kehakiman syariah khasnya di negeri ini dan Malaysia amnya.

Sidang disambung esok yang bakal menyaksikan beberapa pindaan enakmen lagi sesuai dengan kelulusan Enakmen Mahkamah Syariah Negeri Sabah 2024.