SAMBUTAN MA’AL HIJRAH 1446H TAHUN 2024 PERINGKAT NEGERI SABAH

PAPAR 7 Julai 2024 (Ahad) - Mahkamah Syariah Papar dengan kerjasama Unit Sulh dan BSK JKSNS telah menyertai pameran sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Sabah 1446H/2024M yang diadakan di Dewan Masyarakat Papar.

Sambutan dengan tema "Al Falah Pemaju Malaysia Madani" itu telah dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Hj Juhar bin Datuk Hj Mahiruddin, Yang Di-Pertua Negeri Sabah. Turut hadir adalah Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah, Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Menteri-
Menteri Kabinet, Pembantu Menteri dan Ketua Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan.

Antara pengisian sambutan tersebut adalah ceramah khas Ma’al Hijrah yang disampaikan oleh Sohibus Sa’adah Dato’ Hj Badli Shah bin Hj Alauddin Timbalan Mufti negeri Pahang Darul Makmur. Acara kemuncak adalah penyampaian anugerah kepada tokoh Ma’al Hijrah 1446H/2024M peringkat negeri Sabah yang telah
dinobatkan kepada Datuk Seri Panglima Syed Abbas bin Syed Ali.

Sambutan berakhir pada pukul 11.00 pagi dengan keberangkatan balik Tuan Yang Terutama Di-Pertua Negeri Sabah serta dif-dif kehormat yang lain.