MAJLIS PENUTUPAN SUKAN PIALA KETUA HAKIM SYARIE 2024

KOTA KINABALU 6 JULAI 2024 (Sabtu) - Majlis Penutupan Sukan Piala Ketua Hakim Syarie telah berjaya diadakan bertempat di Cafe Kompleks Mahkamah Syariah Kota Kinabalu yang disempurnakan oleh YA Tuan Nawawi bin Diman mewakili YAA Ketua Hakim Syarie Negeri.

Majlis dihadiri oleh Puan Surayah binti Ramlee, YA Tuan Ade Rizal Pahlevi bin Mohd Zen, Tuan Mohd Yusuf bin Nureddin, Pengerusi baharu Persatuan Kebajikan dan Rekreasi jabatan Tuan Muhamad Saiful Azlimi bin Mokhtar berserta ahli jawatankuasa, pegawai-pegawai serta kakitangan JKSNS seluruh daerah.

Sebanyak 8 sukan dipertandingkan pada tahun ini iaitu Dart, ping pong, karom, bola baling, memanah tradisional, badminton, boling dan bola tampar. Para peserta yang terdiri daripada seluruh daerah bersama memeriahkan sukan kali ini dengan pembahagian sebanyak 6 zon.

Keputusan mengikut pungutan pingat dan zon seperti berikut:

Zon 1: 12 pingat
Zon 2: 6 pingat
Zon 3: 7 pingat
Zon 4: 6 pingat
Zon 5: 5 pingat
Zon 6: 3 pingat

Zon 1 dari ibu pejabat menjuarai piala pusingan bagi tahun ini.

Pengerusi Persatuan yang baharu dalam ucapan alu-aluannya mengucapkan penghargaan dan terima kasih di atas inisiatif barisan AJK persatuan terdahulu menjayakan program serta menyeru komitmen terutama dari kakitangan ibu pejabat agar turut sama menghadirkan diri memberi sokongan kepada majlis seperti ini pada masa akan datang.

Dalam ucapan penutupan, YA Tuan Nawawi bin Diman mewakili YAA Ketua Hakim Syarie mengucapkan syabas dan tahniah di atas komitmen dan semangat kesukanan yang ditonjolkan oleh para peserta biarpun berhadapan dengan pelbagai cabaran.