PELAKSANAAN HUKUMAN SEBAT SYARIAH OLEH MAHKAMAH SYARIAH DAERAH TAWAU
TAWAU 19hb Julai 2024 - Mahkamah Tinggi Syariah Tawau telah menjalankan Pelaksanaan Hukuman Sebat Syariah di luar penjara iaitu di Masjid Al Kauthar, Tawau. Pelaksanaan ini dijalankan mengikut SOP yang ditetapkan yang mana telah melibatkan kerjasama antara pihak Penjara Tawau, Pejabat Kesihatan Tawau, Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau. Bahagian Pendakwaan Jheains Kota Kinabalu dan Persatuan Peguam Syarie Sabah.
Pelaksanaan Hukuman Sebat Syariah di luar penjara kali ini adalah yang pertama kalinya berskala besar dengan melibatkan 12 orang pesalah yang layak dijatuhkan hukuman serta dihadiri lebih kurang 90 orang hadirin daripada 32 agensi yang dijemput. Pelaksanaan dimulakan pada jam 3 petang dengan pembukaan majlis kemudian disusuli taklimat prosedur pelaksanaan oleh Penolong Pendaftar, Mahkamah Tinggi Syariah Tawau. Pelaksanaan hukuman dijalankan oleh Timbalan Pengarah dan Pegawai Sebat Penjara Tawau dan semua pesalah menjalani hukuman dengan sempurna. Pelaksanaan hukuman berakhir pada jam 3.45 petang.