MAJLIS PENGHARGAAN DAN PERPISAHAN PUAN ROSMIA BINTI ABDUL HATTA, ENCIK ADNAN BIN SAFFAR DAN PUAN SUHANA BINTI AMIRIN

KOTA KINABALU 19 Julai 2024 (Jumaat) - Satu Majlis penghargaan dan perpisahan telah diadakan bagi meraikan persaraan Encik Adnan bin Saffar Pengawal Keselamatan KP1, perpisahan Puan Rosmia binti Abdul Hatta Penolong akauntan W29 yang berpindah tugas ke Pejabat Pendidikan Sipitang dan Puan Suhana binti Amirin yang mendapat jawatan Penolong Pegawai Undang-Undang L29 di Lembaga Pelabuhan Sabah.

Majlis diserikan dengan kehadiran Puan Surayah binti Ramlee, Tuan Mohd Yusuf bin Nureddin, Puan Nooryasmensharini binti Abas, Puan Nursyafiah binti Sulaiman, Tuan Mohd Sufi bin Mohd Jamian, Tuan Mohd Hashmiejan bin Hussuein kakitangan pentadbiran, Teknologi Maklumat, Bahagian Sokongan Keluarga dan Kewangan.

Dalam ucapan sebagai wakil jabatan, Puan Surayah binti Ramlee Ketua Pendaftar, mengimbau pelbagai kenangan bersama Puan Rosmia binti Abdul Hatta, Encik Adnan bin Saffar dan Puan Suhana binti Amirin.

Manakala Puan Nursyafiah binti Sulaiman dan Puan Annisa Malur Abdullah menyampaikan ucapan bagi mewakili unit penyelidikan dan unit kewangan.

Jabatan merakamkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas komitmen yang amat tinggi mereka sepanjang berkhidmat di jabatan.

Dalam ucapan Puan Rosmia dan Puan Suhana, kedua-duanya merakamkan penghargaan dan sanjungan di atas inisiatif jabatan mengadakan majlis ini, masing-masing memohon kemaafan sekiranya ada sebarang kekhilafan sepanjang perkhidmatan di jabatan kehakiman syariah Kota Kinabalu.

Untuk rekod, Encik Adnan bin Saffar telah berkhidmat dengan jabatan sehingga bersara wajib pada 27 Mei 2024, Puan Rosmia telah berkhidmat sejak 2017 sehingga Julai 2024 dan Suhana mula berkhidmat sebagai kakitangan mystep bermula pada 1 Mac 2023 sehingga Julai 2024.

Majlis diakhiri dengan penyampaian cendera kenangan kepada yang diraikan berserta jamuan.

Didoakan semoga figura yang diraikan diberikan kemudahan,kea'fiyatan dan kesejahteraan di dunia dan di akhirat. Selamat bersara dan selamat bertugas di tempat baharu. Ukhuwwah Fillah selamanya insha Allah.