LAWATAN SAMBIL BELAJAR PELAJAR PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN, UNIT ELEKTIF TERBUKA FIQH KEKELUARGAAN ISLAM, INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAU

TAWAU 25hb Julai 2024 - Mahkamah Syariah Tawau telah menerima rombongan Lawatan Sambil Belajar daripada pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan, Unit Elektif Terbuka Fiqh Kekeluargaan Islam, Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau.

Rombongan ini terdiri daripada 24 orang pelajar bersama 1 orang pensyarah pengiring. Rombongan telah disambut mesra oleh Tuan Muhd Hanif bin Arshad, Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah Tawau dan rombongan juga telah berkesempatan bertemu dengan Yang Amat Arif Tuan Ahadin bin Arinen, Ketua Hakim Syarie Negeri Sabah, yang pada masa tersebut juga berada di Mahkamah Syariah Tawau. Turut menyantuni rombongan adalah Yang Arif Puan Taherah bt Tahir Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Tawau.

Rombongan kemudiannya diberikan penerangan oleh Tuan Fairul@Khairuddin bin Mat Sulaiman, Pegawai Sulh Mahkamah Syariah Tawau berkaitan kes-kes tuntutan khususnya kes nafkah. Seusai mendengar penerangan, rombongan diberi peluang untuk mengikuti perbicaraan kes di dalam dewan bicara Mahkamah Rendah Syariah Tawau yang melibatkan kes perceraian.

Program ini berakhir pada pukul 12 tengahari dengan penyampaian cenderahati daripada wakil rombongan kepada Mahkamah Syariah Tawau.