SEMINAR LELAKI QAWWAM DAN BIDADARI SYURGA SEMPENA SAMBUTAN MA’AL HIJRAH PERINGKAT NEGERI SABAH 1446H / 2024M

KOTA KINABALU 31 Julai 2024 - Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah telah menerima jemputan bagi menghadiri Seminar Lelaki Qawwam dan Bidadari Syurga sempena pengisian Sambutan Ma’al Hijrah, Peringkat Negeri Sabah 1446H / 2024M yang bertempat di Dewan Sa’adah, Wisma MUIS, Kota Kinabalu.

Pengisian program adalah seminar sesi pertama bertajuk Pengenalan Kepada Konsep Lelaki Qawwam yang disampaikan oleh YBhg. Prof Madya Dato’ Dr Haji Mohd Farid Ravi Abdullah, Rektor Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan sesi kedua bertajuk Siapakah Wanita Bidadari Syurga? disampaikan oleh YBhg. Prof Dato’ Noor Aziah Mohd Awal, Pesuruhjaya SUHAKAM dan Profesor Undang-Undang UKM.

Seminar tersebut itu telah disempurnakan oleh YB Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd Arif, Menteri Sains, Teknologi & Inovasi Sabah merangkap Exco Pendidikan dan Agama.

Seramai 9 orang kakitangan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah telah menghadiri seminar tersebut iaitu :

1. Encik Awang Sura bin Ag Salleh
2. Encik Azizi bin Mat Noh
3. Encik Erman bin Alimin
4. Encik Al-said bin Utoh Karah
5. Puan Sarmiah bt Abdullah
6. Puan Suzanah bt Hassan
7. Puan Rose Mary bt Sodoi
8. Puan Yati bt Salim
9. Puan Seniah bt Joh

Seminar telah berakhir pada pukul 1.00 petang.