FORUM PERJANJIAN MALAYSIA 1963 (MALAYSIAN AGREEMENT 63)

KOTA KINABALU 3 Ogos 2024 (Sabtu) - Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah telah dijemput ke Forum Perjanjian Malaysia 1963 implikasi kepada Wilayah Sabah bertempat di Dewan Sa'adah, Wisma Muis.

Jabatan diwakili oleh YAA Tuan Ahadin bin Arinen, Ketua Hakim Syarie Negeri, Tuan Mohd Yusuf bin Nureddin, Pendaftar, Puan Nooryasmensharini binti Abas dan Puan Nursyafiah binti Sulaiman pegawai penyelidik Mahkamah Tinggi Syariah.

Forum di rasmikan oleh wakil YAB Ketua Menteri, YBhg. Datuk Seri Panglima Hajjah Azizah binti Mohd Dun.

Objektif forum ini antara lain adalah memberi pendedahan dan kefahaman kpd masyarakat umum tentang MA63.

Menyediakan platform bagi perkongsian maklumat tepat,pertukaran pendapat dan perbincangan secara efektif.

Program dimulakan dengan 3 pembentangan ilmiah dan sesi forum yang hangat dengan perbincangan dan perkongsian maklumat dari para peserta.

Majlis diakhiri ucapan penutup dan makan tengahari.