PERJUMPAAN MINGGUAN IBU PEJABAT JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI SABAH

KOTA KINABALU 5 Ogos 2024 (Isnin) - Ibu pejabat JKSNS telah mengadakan rutin perjumpaan mingguan dengan ketua-ketua unit di jabatan bagi mendapatkan makluman perkembangan serta perbincangan penjalanan setiap unit.

Rutin yang diilhamkan oleh YAA Ketua Hakim Syarie menjadi platform bagi YAA ketua Hakim Syarie Negeri mendapatkan maklumat secara langsung serta membuat keputusan segera bagi memastikan kelancaran penjalanan organisasi jabatan.

Setiap unit telah membentangkan laporan dan beberapa ketetapan berjaya diputuskan melalui perjumpaan mingguan kali ini.

Perjumpaan ditangguhkan setelah setiap unit selesai membuat pembentangan dan disambung dengan Mesyuarat Penyelarasan Penjalanan Mahkamah Utama Syariah.