PROGRAM TAFAQQUH 2024 ANJURAN JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI SABAH

KOTA KINABALU 8 Ogos 2024 - Majlis penyampaian cenderahati kepada penceramah iaitu Tuan Shukeri Najib bin Abd Rahim, Hakim Kanan Mahkamah Rendah Syariah Negeri Melaka disampaikan oleh Yang Amat Arif Tuan Ahadin bin Arinen, Ketua Hakim Syarie Negeri Sabah besempena Program Tafaqquh 2024 yang telah diadakan pada 6 hingga 8 Ogos 2024 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Sabah.

Penglibatan peserta kursus ini terdiri daripada Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Ketua Pendaftar, Pendaftar, Pegawai Penyelidik, Hakim-Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Pegawai Sulh dan Pegawai Bahagian Sokongan Keluarga iaitu seramai 27 orang.

Konsep program pembelajaran ini ialah mempelajari Kitab Bahasa Arab dengan menggunakan Kitab an – Najmu Sakib fi Syarhit Tholib dengan tajuk bab Talaq.

Objektif program tercapai kerana penceramah yang dijemput adalah seorang yang mahir berhubung isu-isu yang telah dibahaskan sepanjang sesi tafaqquh ini berlangsung serta pendedahan ilmu yang berhubung kait dengan kes-kes di Mahkamah Syariah dapat disampaikan dengan berkesan kepada peserta yang hadir.

Harapan jabatan adalah supaya program seumpama ini dapat diadakan secara bersemuka dan berkala agar dapat melahirkan pegawai-pegawai syariah berkemahiran di negeri Sabah.