𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈 𝐊𝐄 𝐓𝐀𝐏𝐀𝐊 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐇𝐊𝐀𝐌𝐀𝐇 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐁𝐄𝐋𝐔𝐃, 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇
Kota Belud | 13 April 2025: Satu Lawatan Kerja Rasmi telah diadakan ke tapak projek pembangunan Mahkamah Syariah Daerah Kota Belud, Sabah. Lawatan ini diketuai oleh Puan Natrah binti Mohd Zahari (JUSA C), Setiausaha Bahagian, Bahagian Pembangunan, Jabatan Perdana Menteri (JPM). Turut hadir ialah En. Mohamad Nazri bin Mohd Nasohah, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Puan Surayah binti Ramlee, Ketua Pendaftar, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah (JKSNS), serta pegawai-pegawai dari Unit Pembangunan JKSNS.
Lawatan ini bertujuan untuk meninjau kemajuan fizikal projek, menilai status pelaksanaan semasa, serta memastikan pembangunan dilaksanakan mengikut jadual, spesifikasi dan piawaian yang ditetapkan. Ia juga merupakan sebahagian daripada komitmen pihak JPM dan JKSM dalam memperkukuh kemudahan.