𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐅𝐈𝐓𝐑𝐈 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐇𝐀𝐊𝐈𝐌𝐀𝐍 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐀𝐇 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓
Kota Kinabalu | 25 April 2025: Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah bagi tahun 2025 telah berlangsung dengan penuh meriah dan harmoni bertempat di Perkarangan Kompleks Mahkamah Syariah, Kota Kinabalu Sabah.
Majlis ini telah mendapat sambutan yang sangat meriah daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk warga kerja jabatan, agensi-agensi kerajaan serta orang awam. Antara tetamu kehormat yang hadir memeriahkan majlis ialah YB Datuk Haji Ruslan bin Muharam, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah dan YDH SAC Datuk Mohd Azhar bin Hamin, Pemangku Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah.
Turut hadir ialah ketua-ketua jabatan, wakil-wakil daripada pelbagai agensi kerajaan, para Peguam Syarie serta orang awam yang dijemput khas bagi meraikan bersama.
Majlis ini bertujuan untuk mengeratkan silaturahim antara warga kerja Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah bersama rakan strategik dari pelbagai agensi serta masyarakat awam. Pelbagai juadah tradisional hari raya telah disediakan sebagai santapan kepada pengunjung.
Penganjuran majlis seumpama ini diharapkan dapat terus memupuk perpaduan, keharmonian dan semangat muhibah dalam kalangan masyarakat.