MUZAKARAH PEGAWAI SYARIAH JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI SABAH SIRI 1 TAHUN 2025
Kundasang | 28 April 2025: Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah telah mengadakan Muzakarah Pegawai Syariah Siri 1/2025 bermula pada 28-30 April 2025 bertempat di Hotel Perkasa, Kundasang, Ranau.
Seramai 33 peserta terdiri dari para hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Hakim-hakim Mahkamah Rendah Syariah, Ketua Pendaftar, Pendaftar, Pegawai Penyelidik dan Pegawai Sulh dibantu oleh 4 urus setia serta 18 pemandu terlibat dalam program kali ini.
Program bermula pada malam 28 April 2025 dengan perutusan YAA Datuk Ketua Hakim Syarie dan pembentangan resolusi Muzakarah 2024 oleh Tuan Pendaftar Mohd Yusuf bin Nureddin.
Program santai pada pagi 29 April 2025 bermula dengan pendakian ke Bukit Sosodikon, Kundasang. Program kemudian diteruskan dengan pembentangan cadangan Penyeragaman Perintah Wali Harta /Pentadbir di Mahkamah Syariah Negeri Sabah terutama bagi Perintah Melibatkan Wang Yang Tidak Dituntut.
Disebelah petang disambung dengan pembentangan cadangan Pemakaian Borang Khas bagi Permohonan Pengangkatan Anak di Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sabah oleh Tuan Mohd Yusuf bin Nureddin.
Majlis diakhiri dengan isu-isu semasa dan isu yang bakal dibentangkan pada Muzakarah Hakim Borneo pada 6-8 Mei 2025.