TAKLIMAT PENGURUSAN ASET & PENGGUNAAN SPPA JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI SABAH
Kota Kinabalu | 7 Mei 2025 : Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah (JKSNS) telah menganjurkan Taklimat Pengurusan Aset dan Stor serta Penggunaan Sistem Pemantauan Pengurusan Aset (SPPA) pada 7 dan 8 Mei 2025, bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, JKSN Sabah. Taklimat ini melibatkan seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada Pembantu Aset dari Ibu Pejabat dan seluruh Mahkamah Syariah Daerah dan bertujuan untuk menyeragamkan pelaksanaan pengurusan aset jabatan serta meningkatkan kefahaman mengenai tatacara pengurusan aset dan penggunaan sistem SPPA.
JKSNS berbesar hati menerima kehadiran penceramah jemputan dari Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) iaitu:
1. Tuan Abdullah bin Mukhti, KPP(U) T BKPSM
2. Tuan Syahiran bin Zakaria, Seksyen Inovasi, Aset & Pent Am
3. Cik Ummu Latifah binti Ahmad Pauzi, Seksyen Perolehan
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada para penceramah atas perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat serta kepada semua peserta atas penyertaan dan komitmen yang diberikan.
Semoga taklimat ini dapat memperkukuh pelaksanaan tugas serta memastikan pengurusan aset jabatan dilaksanakan dengan lebih teratur, cekap dan mematuhi peraturan yang ditetapkan.