KUNJUNGAN HORMAT YAYASAN DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA (YADIM)
Kota Kinabalu | 16 Jun 2025: Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah telah menerima kunjungan rombongan dari Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Pejabat Sabah yang diketuai oleh Tuan Mohd Tabiin bin Sahri delaku Pengarah Negeri diiringi Tuan Abdul Hafiz bin Mat Tuah Penolong Pengarah dan 2 pelatih industri dari Institut Pengajian Dakwah Islam Sabah.
Manakala jabatan diketuai oleh YAA Datuk Ahadin bin Arinen Ketua Hakim Syarie Negeri, Tuan Mohd Yusuf bin Nureddin, Tuan Md Khairul Anwar nin Gulam Rasul Pegawai Sulh merangkap pegawai khas KHS dan Pegawai Penyelidik. Tujuan kunjungan hormat adalah bagi membincangkan Program Cakna Syariah Lestari Madani yang bakal diadakan di seluruh negara dengan Negeri Sabah akan menjadi destinasi pertama penganjuran program yang julu-julung kali diadakan.
Pengisian program antaranya bual bicara dan forum berkaitan perkahwinan merangkumi pemilihan pasangan, hak semasa dan selepas perkahwinan dengan menampikan personaliti, ahli akademik dan agamawan terkenal negara. Pengarah YADIM dalam ucapannya mengucapkan terima kasih atas kesudian pihak jabatan menerima kunjungan mereka dan menjalankan perbincangan mesra bagi mendapatkan informasi cadangan dan buah fikiran khusus bagi program berkenaan. YAA Datuk Ketua Hakim Syarie pula dalam ucapan balas mengalu-alukan kehadiran rombongan YADIM dan menghargai inisiatif YADIM berbincang dengan pihak jabatan bagi menjayakan program.
Majlis diakhiri dengan lawatan ke Mahkamah Rayuan Syariah dan pertukaran cenderamata.
Laporan disediakan oleh:
Nursyafiah binti Sulaiman
Pegawai Penyelidik