MUZAKARAH ISU HAK ASASI MANUSIA DALAM PERPEKTIF MAQASID SYARIAH
Putrajaya |17 Jun 2025: Jabatan Kehakiman Syariah Sabah telah dijemput memghadiri Muzakarah Isu Hak Asasi Manusia dalam Perspektif Maqasid Syariah anjuran Suruhanjaya Hak Asasi Manusia bertempat di Conference Hall 7 &8 Putrajaya International Convention Centre yang dihadiri oleh Tuan Zulkarnain bin Lakariba, Pegawai Sulh MSD Sandakan, Tuan Mohd Mawadiey bin Salleh, Pegawai Sulh MSD Ranau dan Puan Nursyafiah binti Sulaiman, Pegawai Penyelidik Hakim Mahkamah Tinggi Syariah.
Majlis dimulakan ucapan aluan oleh YM Tengku Mohamed Fauzi Tengku Abd Hamid Naib Presiden SUHAKAM, seterusnya sesi pembentangan dengan tajuk Hak Asasi Manusia dalam Maqasid Syariah, Isu perkahwinan Kanak-Kanak dan Al Laqit, Reformasi Undang-Undang ke arah Hukuman Alternatif Sebatan Syariah berdasarkan prinsip HAM dan Hak Pelarian isu dan tanggungjawab dalam konteks islam yang dibentangkan oleh cendekiawan dan ahli akademik tersohor negara.
Program diteruskan dengan sesi soal jawab, bacaan resolusi dan perasmian penutupan oleh YAB Dato' Sri Haji Fadillah Haji Yusof Timbalan Perdana Menteri II.
Laporan disediakan oleh:
Nursyafiah binti Sulaiman
Pegawai Penyelidik